Wednesday, October 21, 2015

KENAPA HARAMKAN ARAK MURAH? BUKAN SEMUA ARAK?

Setelah hampir setahun, kami memulakan kempen "HARAMKAN ARAK MURAH" ataupun #BanCheapLiquor di Seberang Perai seterusnya di peringkat nasional, masih ada pihak yang ragu-ragu tentang motif dan objektif kempen yang dilancarkan oleh Pergerakan Anti Arak Murah Malaysia kami. Ada yang benar-benar tidak faham, dan ada pula yang marah kerana mereka tidak boleh minum arak dengan harga yang murah apabila, kempen kami berjaya. Walaubagaimanapun, sudah menjadi tanggungjawab kami untuk menjawab soalan "KENAPA ARAK MURAH HARUS DIHARAMKAN DAN BUKAN ARAK MAHAL?"



Seseorang manusia mempunyai hak untuk meminum arak dan menghisap rokok. Itu adalah pilihanya sendiri. Kita tidak mempunyai apa-apa hak ataupun kuasa untuk menghalang seseorang daripada meminum arak ataupun menghisap rokok. Ianya adalah satu hak asasi yang kita panggil "civil liberty rights" dalam Bahasa Inggeris. Satu keputusan kes di Mahkamah Indiana, Amerika Syarikat pada tahun 1855 telah memberi makna bahawa meminum arak adalah hak asasi seorang manusia.

Di Malaysia, meminum arak adalah haram di sisi agama Islam dan seorang Muslim boleh dihukum oleh Mahkamah Syariah jika didapati bersalah atas tuduhan meminum arak. Jika larangan minum arak dilanjutkan terhadap orang-orang bukan Muslim di Malaysia, ia akan dianggap sebagai satu pencerobohan hak orang-orang bukan Islam di Malaysia. Kita tidak bercita-cita untuk menjadikan negara ini sebagai satu negara theocratic yang undang-undangnya berasaskan kepercayaan sesuatu agama.

Oleh itu, kita tidak mahu menafikan hak mana-mana rakyat Malaysia untuk meminum arak. Kita hanya minta Kerajaan Malaysia untuk memperketatkan undang-undang, peraturan berkaitan arak supaya lebih rakyat Malaysia tidak terjebak ke dalam tabiat yang kurang sihat itu.

KENAPA KAMI MINTA ARAK MURAH DIHARAMKAN?

Di Malaysia, kini terdapat lebih 400 jenama arak di dalam pasaran, yang dikeluarkan oleh 46 syarikat pengeluar arak. Kebanyakkan daripada 400 jenama ini, adalah arak yang dijual pada harga yang murah daripada RM10. Terdapat arak yang dijual di kedai dengan harga RM2. Kita tidak boleh membeli sebungkus nasi kandar dengan RM2 di Malaysia, tetapi boleh beli satu botol arak, yang kandungan alkoholnya tidak kurang daripada 30%. Pembuatan arak-arak ini tidaklah seperti pembuatan arak yang mahal dan berkualiti dan boleh memudaratkan kesihatan jika diambil secara berlebihan.

Apabila sebotol arak yang kandungan araknya adalah 30% - 40% dijual untuk harga RM2 - RM10, seseorang penagih arak itu dapat membeli berapa botol pun yang dia mahu untuk kekal mabuk. Malah, dengan RM2, seorang budak sekolah pun boleh membelinya. Di manakah keawajaranya, apabila seorang rakyat tidak boleh membeli sebungkus nasi kandar untuk RM2, tetapi boleh beli arak yang kandungan alkoholnya sangat tinggi? Bukankah ini sesuatu yang di luar kebiasaan?

Masalah arak bukan sahaja menghantui golongan dewasa, malah kini telah menjadi masalah sosial yang utama di mana terdapat kes-kes di mana para pelajar sekolah menengah menagih kepada tabiat meminum arak ini. Sejak kami memulakan kempen #BanCheapLiquor ini, kami telah pun berjumpa ramai orang guru sekolah menengah, yang rata-ratanya setuju bahawa terdapat kes-kes melibatkan pelajar meminum arak di sekolah. Lagi menyedihkan, bukan pelajar lelaki sahaja yang terjebak ke dalam tabiat yang tidak sihat itu, malah ada juga kes-kes di mana pelajar perermpuan yang telah ditangkap minum arak dalam sekolah. Kenapa ini berlaku? Kerana, kini terdapat pelbagai jenis arak yang berperisa buah-buahan yang dujual untuk RM5 sahaja. Bolehkah pelajar berkenaan membeli dan meminum arak itu jika harganya mahal? Kenapa harga arak tidak dikawal oleh Kerajaan, seperti yang dibuat untuk mengawal harga rokok?

ARAK MURAH BERPERISA BUAHAN PILIHAN REMAJA SEKOLAH

Kenapa Tiada Peraturan Lesen Arak Yang Ketat?

Tahukah anda, di Malaysia satu kedai runcit yang menjual barangan runcit boleh memohon untuk lesen arak dan diluluskan tanpa sebarang halangan? Di Malaysia, kita tidak mempunyai satu peraturan yang jelas untuk penjualan arak, di mana Kedai Runcit pun boleh memohon lesen arak dan boleh mendapatnya tanpa bantahan daripada Jabatan Kastam dan Eksais. Tidak hairanlah jika kedai yang kita membeli barangan runcit, menjual arak secara terbuka seperti arak pun satu barangan kegunaan harian kita. Kedai-kedai runcit ini sanggup menjual arak, kerana harga arak yang dijual adalah murah dan mereka mendapat keuntungan yang lebih dengan penjualan arak murah ini. Jika anda hantar anak anda ke kedai untuk membeli satu barang runcit, dan jangan terkejut jika dia kembali dengan satu botol arak yang berperisa buah, yang dibeli dengan duit bakinya, kerana ia memang tidak mustahil.

Masalah Sosial

Selalunya, peminum arak ini tidak sahaja mendatangkan masalah kesihatan kepada dirinya, malah juga menjadi punca kepada pelbagai masalah sosial yang lain seperti keganasan domestik, masalah ibu tunggal, masalah keluarga terpinggir dan sebagainya.

Apabila seorang ketua keluarga menjadi peminum tegar, dia bukan sahaja tidak mengendahkan kesihatan dirinya malah kebajikan keluarganya juga. Ada peminum tegar yang meminum 5 ke 6 botol arak murah dalam sehari, kerana dia hanya membelanjakan RM12, jika dia beli 6 botol sekalipun. Apabila seorang itu meminum 6 botol arak sehari, berapa lamakah dia dapat meneruskan hidup? Selepas dia terlantar sakit, atau meninggal dunia, apakah nasib keluarganya? Menurut satu survey oleh Wanita MIC, terdapat 100 ribu orang Ibu Tunggal di Malaysia, akibat daripada masalah arak ini. Jika ada kawalan harga untuk arak di Malaysia, perkara ini tidak akan menjadi seserius ini.

Selain daripada suami yang menjadi kaki botol, yang terlantar sakit dan meninggal dunia, ada juga suami-suami yang mendera isteri dan anak-anak selepas meminum arak setiap hari. Kebanyakkan masalah keganasan rumahtangga berpunca daripada masalah penagihan arak ini. Adakah seseorang itu dapat meminum arak setiap hari, jika harga arak mahal? Jawapan yang paling ketara adalah, tidak. Kerana, dia tidak dapat membeli botol arak yang baru setiap hari. Masalahnya sekarang adalah, harga arak sangat murah dan mudah didapati di mana-mana sahaja.

Ini adalah antara sebab, kenapa kami minta kerajaan MENGHARAMKAN ARAK MURAH! Apabila kami berkata HARAMKAN ARAK MURAH, kami bukanya mempromosi arak mahal, tetapi kami menekankan kepada KAWALAN HARGA ARAK, kerana tiadanya satu kawalan harga telah menyebabkan kebanjiran pelbagai jenis arak murah ini di pasaran, lalu menjadi punca pelbagai masalah sosial di negara kita.


Kepada mereka yang tidak faham apa tuntutan kempen Anti-Arak Murah kami, berikut adalah 7 tuntutan pergerakan kami kepada Kerajaan Malaysia :-

1.  PENJUALAN SEMUA JENIS ARAK (KECUALI BIR) DI BAWAH ISI KANDUNGAN 750ml PATUT  DIHARAMKAN;

2.    HARGA MINIMA BAGI PENJUALAN SEMUA JENIS ARAK (KECUALI BIR) HARUS DITETAPKAN  PADA RM 30;

3.    KERAJAAN HARUS MENUBUHKAN PUSAT-PUSAT PEMULIHAN PENAGIHAN ARAK DI SELURUH NEGARA, SEKURANG-KURANG SATU (1) PUSAT PEMULIHAN DI SETIAP NEGERI;

4.  SYARAT-SYARAT LESEN ARAK DI BAWAH AKTA EKSAIS 1976, HARUS DIPINDA BAGI MENETAPKAN PENJUALAN RUNCIT SEMUA JENIS ARAK (KECUALI BIR) HARUS BERMULA TIDAK AWAL DARIPADA PUKUL 10 PAGI DAN HARUS DIHENTI TIDAK LEWAT DARIPADA PUKUL 8 MALAM;

5.  AMARAN BERGAMBAR KEMUDARATAN KESIHATAN AKIBAT PENGAMBILAN ARAK HARUS DIPAPARKAN PADA SETIAP BOTOL ARAK;

6.  SATU AKTA BARU UNTUK MENGAWAL PENGAMBILAN ARAK DI TEMPAT AWAM HARUS DILULUSKAN OLEH PARLIMEN DAN PIHAK POLIS HARUS MENGUATKUASAKAN UNDANG-UNDANG BERKENAAN;


7.      PBT DI SELURUH NEGARA HARUS DIBERI KUASA SETARAF DENGAN JABATAN KASTAM UNTUK MENGAMBIL TINDAKAN TERHADAP KESALAHAN BERKAITAN PENJUALAN RUNCIT SEMUA JENIS ARAK (KECUALI BIR) MENURUT AKTA EKSAIS 1976.

Kami menjalankan kempen kami untuk melawan tabiat arak murah, bukan untuk meraih publisiti murahan, tetapi mempunyai satu motif untuk masyarakat. Yang tidak faham motif dan objektif kami, sila menghubungi kami, kami akan menerangkanya.  Jangan tanya soalan "WHY CHEAP LIQUOR? NOT EXPENSIVE ONES?" sebelum mendalami 7 tuntutan kami dan sebab-sebab kami menuntutnya. 

Jangan jadi katak tempurung, dan menyalahkan kami kerana anda tidak faham!

Saturday, January 11, 2014

பத்துமலை முருகனை நடராஜா கூட்டத்திடமிருந்து காப்பாற்றுங்கள் - இந்து அறப்பணி வாரிய சட்டம் இயற்றுங்கள்; சிலாங்கூர் அரசாங்கத்திற்கு சத்தீஸ் முனியாண்டி அறைகூவல்

இந்நாட்டில் உள்ள திருமுருக பக்தர்களின் உணர்வுகளுக்கு மதிப்பளிக்கும் வண்ணம் பத்துமலை முருகனை நடராஜாவின் கூட்டத்தினரிடமிருந்து காப்பாற்ற வேண்டியது சிலாங்கூர் அரசின் கடமையாகும். ஆகவே, உடனடியாக சிலாங்கூர் இந்து அறப்பணி வாரியம் அமைத்து, பத்துமலை முருகன் ஆலயத்தை அவ்வாரியத்தின் கீழ் கொண்டுவர நடவடிக்கைகளை எடுக்க சிலாங்கூர் மாநில மக்கள் கூட்டணி அரசாங்கம் முன்வர வேண்டும் என்று ஜசெக சோசலிச இளைஞர் பிரிவின் தேசிய கல்வி மேம்பாட்டு பிரிவு தலைவர் சத்தீஸ் முனியாண்டி அறைகூவல் விடுத்தார்.

இவ்வாண்டு தைப்பூசத்தில் எப்படி நடந்துக்கொள்ள வேண்டும் என்று மலேசிய இந்து சங்கம் அண்மையில் வெளியிட்ட வழிகாட்டியை மிகவும் நிராகரித்து கோலாலம்பூர்  மாரியம்மன் ஆலய தலைவர் டான்ஸ்ரீ நடராஜா விடுத்துள்ள அறிக்கையானது, பத்துமலை முருகன் ஆலயத்தை ஒரு குறிப்பட்ட சில தரப்பினரடமிருந்து மீட்டெடுக்க வேண்டியது எவ்வளவு அவசியம் என்பதை நமக்கு உணர்த்துகின்றது. முருகன் என்றுமே தமிழ்க்கடவுள்; மதங்களுக்கு அப்பாற்பட்ட கடவுளாம் முருகப்பெருமான், தமிழர் இருக்குமிடமெல்லாம் அவர் நிறைந்திருப்பார். தமிழரின் அடையாளமாக என்றும் திகழும் முருகப்பெருமான், தமிழருக்கெல்லாம் சொந்தமானவர். ஆனால், டான்ஸ்ரீ நடராஜாவின் அறிக்கையைக் காண்கையில், பத்துமலை முருகனும், தைப்பூசமும் இவருக்கும், இவர் கூட்டத்தினருக்கும் சொந்தம் என்பதைப் போல உள்ளது.

தைப்பூசத்திற்கு வழிகாட்டி வெளியிட மலேசிய இந்து சங்கத்திற்கு எந்தவொரு அதிகாரமும் இல்லையென்ற பொழுதிலும், தைப்பூசத் திருநாளின் மாண்பைக் குறைக்கும் நடவடிக்கைகளை தடுக்கும் வண்ணம் வழிகாட்டி வெளியிட்டதில் என்ன தவறு இருக்கின்றது என்று நடராஜா காட்டமாக எச்சரிக்கை விடுத்திருக்கின்றார்?தமிழரின் மாண்புமிக்க திருநாள்களில் ஒன்றான தைப்பூசத் திருநாளில் ஒரு சிலரின் தமிழர் சமயத்துக்கு புறம்பான, அத்துமீறிய நடவடிக்கைகளைப் பார்த்து அன்னிய இனத்தினர் எள்ளி நகையாடுவதுதான் டான்ஸ்ரீ நடராஜாவிற்கு விருப்பமா?!

மலேசிய இந்து சமயத்தின் நடவடிக்கைகள் அனைத்தையும் ஆதரிக்கவில்லை என்றாலும், இதுப்போன்ற ஒரு சில நல்ல காரியங்களுக்கு எதிர்ப்புத் தெரிவிக்காமல் இருத்தலே மிகப்பெரிய உதவியாகும்.

நடராஜா போன்ற தனிநபர் மற்றும் குறிப்பிட்ட ஒரு சிலரின் ஆதிக்கத்திலிருந்து பத்துமலை முருகன் திருத்தலத்தை மீட்டெடுக்கும் வண்ணம், சிலாங்கூர் மாநில மக்கள் கூட்டணி அரசு உடனடியாக இந்து அறப்பணி வாரிய சட்டம் இயற்ற நடவடிக்கைகள் எடுக்க வேண்டும். சிலாங்கூர் மாநில அரசு அவ்வாறு நடவடிக்கைகள் எடுக்கும் பட்சத்தில், இந்து சங்கம் உட்பட சமுதாய நலன் பேணும் அனைத்து சமூக இயக்கங்களும் ஆதரவளிக்க வேண்டுமென, சத்தீஸ் தனது அறிக்கையில் மேலும் தெரிவித்துள்ளார்.

Tuesday, December 3, 2013

Kenyataan Media - Perobohan Candi Sungai Batu - Site 11, Talibanism sedang menjadi kebiasaan di bawah UMNO?

Perobohan Candi Sungai Batu - Site 11 oleh pemaju Bandar Saujana yang berpejabat di Sungai Petani, Kedah, menimbulkan soalan bahawa, jika Talibanism menjadi kebiasaan di bawah pemerintahan UMNO-Barisan Nasional. Tidak sampai sebulan Kuil Hindu berusia seratus tahun dirobohkan oleh DBKL, negara digemparkan dengan berita Candi yang berusia lebih 1000 tahun di Lambah Bujang, Kedah telah hilang buat selama-lamanya, akibat Pemaju Perumahan telah merobohkanya. Kedua-dua insiden ini berlaku di dua kawasan di mana, UMNO-Barisan Nasional memerintah. Satu di KL dan satu di Kedah. Ini menimbulkan soalan, jika Talibanism sudah menjadi kebiasaan di bawah pemerintahan UMNO. Ini kerana, hanya puak Taliban yang akan menghapuskan peninggalan sejarah, dengan menggunakan nama agama. insiden terbaru pemusnahan Candi di Kedah ini tiada bezanya dengan insiden puak Taliban meletupkan Patung Buddha Banyan di Afghanistan. Kedua-dua peninggalan sejarah ini telah hilang buat selama-lamanya kerana kerakusan sesuatu puak itu.

Saya bersama Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Prof P.Ramasamy telah melawat Site 11 - Candi Sungai Batu pada sabtu lalu dan kami amat sedih apabila mendapat tahu Candi berkenaan sudah dipecahkan berkecai dan telah ditimbun dengan tanah merah supaya tidak dapat dicari lagi. Selepas lawatan kami, perkara itu mendapat liputan meluas dan kini ianya sudah menjadi isu hangat di peringkat nasional. Kami diberitahu pada lawatan berkenaan, bahawa Candi Sungai Batu site 11 berkenaan dipecah oleh Pemaju kerana Pejabat Tanah Daerah Kuala Muda, Kedah telah memberikan "go ahead" kepada pihak pemaju dengan menyatakan "tiada tapak sejarah di kawasan berkenaan". 

[Satees (kanan) bersama Prof Ramasamy Memeriksa Batu dari Candi yang diroboh]

Kerajaan Kedah tidak konsisten dalam pendirianya dalam isu ini, sejak isu ini mula mendapat perhatian awam. Pada mulanya EXCO Kerajaan Kedah menyatakan mereka tidak tahu kewujudan Candi berkenaan, kemudianya ada seorang lagi EXCO menyatakan bahawa beliau memandu di kawasan berkenaan dan hanya melihat pokok kelapa sawit. Akhirnya dilaporkan, Kerajaan Kedah mengarahkan pemberhentian segala kerja oleh pemaju berkenaan. Saya hairan, bagaimana EXCO Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Kedah tidak tahu tentang kewujudan Candi Sungai Batu - Site 11 ini, apabila Candi ini memang didokumentasi oleh Muzium Lembah Bujang dan pihak Muzium juga sedar kewujudan dan lokasi Candi berkenaan. Adakah ini bermakna EXCO berkenaan tidak pernah melawat Muzium Lembah Bujang langsung sejak menjadi Ahli EXCO? Bagaimana Kerajaan Negeri Kedah melepas tangan dalam hal ini dengan mengatakan "tanah berkenaan milik swasta" apabila wujudnya Akta Warisan untuk melindungi Warisan Sejarah? Adakah Kerajaan Negeri Kedah ingin melepas tangan setelah Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda, Kedah telah memberikan maklumat bahawa "tiada tapak warisan sejarah" di tanah berkenaan? Kerajaan Kedah harus menjawab segala persoalan ini.

Pemusnahan Warisan Sejarah adalah sesuatu yang amat menyakitkan hati, kerana Kerajaan Kedah telah membenarkan peninggalan Ketamadunan Melayu Pertama di rantau ini dimusnahkan begitu sahaja. Saya menyeru kepada Kerajaan Kedah dan Kerajaan Persekutuan supaya tidak bersikap "Taliban" dengan menghancurkan peninggalan sejarah sebelum kedatangan Islam ke Semenanjung ini. Sepatutnya kita berasa amat bangga, didapati Ketamadunan pertama di rantau Asia Tenggara bertapak di Kedah dan Ketamadunan Melayu berkenaanlah yang mengajar tamadun kepada seluruh warga Asia Tenggara yang lain. Kerajaan UMNO tidak patut menyembunyikan fakta sejarah bahawa, Tamadun Melayu pertama telah bermula 2000 tahun dahulu di Kedah, hanya kerana ketamadunan berkenaan berasaskan ajaran Hindu-Buddha. Sejarah jangan cuba diolah dengan menggunakan alasan agama. 

Photo
[Tapak Keagamaan Pertama di Asia Tenggara Terdapat di Lembah Bujang, Kedah]

Adakah Lembah Bujang tidak begitu bernilai sehingga, bangunan-bangunan peninggalan kolonial British dicalonkan oleh Malaysia untuk dijadikan UNESCO World Heritage Site, manakala Tapak bermulanya Ketamadunan (Melayu) Pertama di Asia Tenggara ini sehingga kini belum dicalonkan, malah dibiar begitu sahaja?

Saya hairan, kenapa PERKASA mendiamkan diri dalam hal ini, kerana yang dimusnahkan itu adalah Warisan Sejarah Ketamadunan Melayu di bumi ini? Adakah PERKASA tidak berminat dalam soal ketamadunan Melayu pertama dan hanya berminta menjadi alat politik UMNO? Manakala, pendirian MIC dalam hal ini adalah hipokrit semata-mata. Difahamkan tiada seorang pun pemimpin MIC pernah melawat kawasan Lembah Bujang sebelum ini, walaupun mereka sering datang ke kawasan berkenaan dalam perjalanan mereka ke Universiti AIMST di Semeling, Kedah. Kami juga diberitahu bahawa Prof P. Ramasamy adalah Ahli Politik berketurunan India yang pertama melawat kawasan Lembah Bujang ini, khususnya Candi Sunga Batu - Site 11 dan 12 pada Sabtu lepas. Segala tindakan MIC dan Pemimpinya kini adalah hanya untuk mendapatkan publisiti murahan. Kenapa MIC tidak pernah membuka mulutnya tentang Lembah Bujang dalam 50 tahun menjadi rakan kabinet UMNO? 

Saya minta Rakyat Malaysia tidak melihat perkara ini dari segi agama semata-mata dan menilai dengan pemikiran rasional masing-masing. Talibanism yang dipromosi oleh UMNO harus dihentikan segera dan warisan sejarah ini harus dipertahankan sehingga ke akhirnya. Sekian.

Satees Muniandy,
DAPSY National Research & Development  Bureau Chief
Ketua Biro Penyelidikan & Pembangunan Pemuda Sosialis DAP Pusat
Ahli Majlis - Majlis Perbandaran Seberang Perai, Pulau Pinang
016-4384767